LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Di peringkat awal menumpang di Sekolah Kebangsaan Pendang. Pendaftaran awalnya adalah di atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua. Pada ketika itu jumlah bilangan pelajar seramai 223 orang. Iaitu pelajar ( Tingkatan1 seramai 103 orang ) dan Tingkatan 2, 120 orang. Kesemua pelajar ini diambil khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. Manakala bilangan seramai 18 orang termasuk 1 pembantu Tadbir dan 1 Pembantu Am Rendah.
Pada tanggal 10 April 1996 berpindah ke bangunan sendiri di Kg Banggol Pauh. Mengandungi 6 blok, 1 Dewan Besar dan 1 Kafeteria.
Pada tarikh 1 Disember 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang Dua ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung. Terdapat 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Pada sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 1,3,4 dan 5. Manakala sesi petang pula hanya untuk pelajar Tingkatan 2 sahaja.
Jarak antara sekolah dengan pekan Pendang kira-kia 2km, manakala jarak di antara sekolah dengan Bandar Alor Setar ialah 16km.
LOGO SEKOLAH
WARNA DAN TAKRIF :
Ungu - Warna identiti sekolah
Merah - Keberanian, tidak mudah putus asa dan penuh keyakinan
Kuning - Martabat, kedaulatan dan tatasusila
Hijau - Keharmonian, keagamaan dan penyayang
STRUKTUR, KOMPOSISI DAN TAKRIF
Mata Pena : Pendidikan ke arah melahirkan insan yang berkeupayaan melahirkan fikiran yang bernas dan
insan yang cintakan ilmu pengetahuan
Tiga Buah Buku : Penguasaan ilmu berteraskan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
Roda Enijn : Pendidikan berteraskan Sains dan Teknologi
Simbol Q : Pendidikan berkkualiti
Simbol O : Mengutamakan ‘Zero defect’
Simbol Bulatan : Pendidikan menitikberatkan kesepaduan dan kesemimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani
Rupa perisai : Cita-cita mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara bersepadu dan kesanggupan
menghadapi apa juga halangan
MOTO : “BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”
TEMA : “KE ARAH KEUNGGULAN DAN KESEJAHTERAAN”
TAFSIRAN BENDERA SEKOLAH
BILANGAN JALUR : 2 JALUR
WARNA JALUR : Martabat, Kedaulatan dan Tatasusila, Keberanian, tidak mudah putus asa
dan penuh keyakinan.
Mata Pena : Pendidikan ke arah melahirkan insan yang berkeupayaan melahirkan fikiran
yang bernas dan insan yang cintakan ilmu pengetahuan
Tiga Buah Buku : Penguasaan ilmu berteraskan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
Roda Enijn : Pendidikan berteraskan Sains dan Teknologi
Simbol Q : Pendidikan berkualiti
Simbol O : Mengutamakan ‘Zero defect’
Simbol Bulatan : Pendidikan menitikberatkan kesepaduan dan keseimbangan dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
Rupa perisai : Cita-cita mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara secara
bersepadu dan kesanggupan menghadapi apa juga halangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan